Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Makan Malam Dan Penyerahan Watikah Perlantikan JKKK Dun Sg Rapat

15/2/11 jam 9.00 malam di Hillcity YB Dato telah mnyerahkan watikah perlantikan kepada semua AJK JKKK Dun Sg Rapat untuk 12 buah kampung naungan Dun Sg Rapat dibawah tiga mukim.Tahniah ke atas Dato untuk majlis tersebut. Kami JKKK Seri Rahmat akan bekerja keras untuk mencapai matlamat tujuan demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

Tahniah dapat ipar baru

Ucapan tahniah buat ajk JKKK kita iaitu Mohd Sham atas kelangsungan majlis perkahwinan adik beliau dan bererti beliau dapat lagi seorang anggota keluarga yang baru.Untuk adik beliau ucapan " Selamat pengantin baru semoga berkekalan sehingga akhir hayat" tahniah untuk beliau.

GOTONG ROYONG JKKK SERI RAHMAT BERSAMA JKKK CHANGKAT LARANG DAN RELA DAERAH BATU GAJAH

Awal bulan Januari yang lalu JKKK Seri rahmat telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan klinik desa Seri Rahmat bersama JKKK Changkat Larang dan RELA daerah Batu Gajah serta YB Dato' Hamidah binti Osman. Selain gotong royong membasmi musuh tanaman (Babi) juga dijalankan pada hari itu oleh anggota RELA. Ucapan terima kasih jua ditujukan kepada YB Dato' Hamidah binti Osman atas sumbangan beliau pada program tersebut." Terima kasih Dato' dari JKKK Seri Rahmat" dan serangkap pantun untuk dato' iaitu     Tinggi-tinggi si matahari,
                                        Anak kerbau turun mandi,
                                        Terima kasih daun keladi,
                                        Kalau sudi huloqlah lagi.
Buat JKKK changkat larang dan RELA daerah Batu Gajah terimakasih jua kami ucapkan atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan Tahniah

Salam buat semua pembaca, Di sini sekalung tahniah diucapakan kepada Ketua Kampung Seri Rahmat iaitu En Abdul Sapori bin Ngah Yahya atas lantikan semula sebagai ketua kampung dan ucapan tahniah juga kepada barisan Ajk atas lantikan semula.bersam ini disenaraikan Barisan JKKK Kampung Seri Rahmat.

Pengerusi          :     Abdul Sapori bin Nagh Yahya
Setiausaha        :      Jamluddin bin Abdul Rahman
Bendahari         :      Azmi bin Mohamad Ali
Jawatankuasa   :      Norfadilah binti Sidi
                               Ahmad Yussuf bin Mohamad
                               Mohd Shukri Naim bin Husin
                               Syed Mustafa bin Syed Harun
                               Kasim bin Mohd Hakim
                               Abu Hassan bin Ali
                               Mohamad bin Ali
                               Mohd Zanzali bin Abdullah
                               Abdul Wahab bin Abdul Aziz
                               Abu Bakar bin Ngah Shaari
                               Mohd Sham bin Mat Raji
                               Sulaiman bin Joned