Selasa, 2 Ogos 2011

MARHABAN YA RAMADHAN

 1/8-----Selamat berpu asa diucapkan kepada semua penduduk kampung.

                Cik Bedah pergi ke pekan,
                Pergi ke pekan dengan mamat,
                Salam Ramadhan kami ucapkan,
                Buat semua warga Seri Rahmat.

               

BANTUAN ORG SUSAH DRI SERIMAU HITAM

30/7----Petang ni seramai 5 orang kampung terpilih menerima bantuan makanan daripada Persatuan Seni Silat Harimau Hitam di dewan Majlis Bandaran Batu Gajah.Tahniah kepada persatuan kerana ada sifat membantu kepada yang memerlukan.

ANAK BULAN...OH...ANAK BULAN

31/7------Petang ni baru nak tengok anak bulan ramadhan, apa pun kita makan berkelah dulu...em sedapnya ada macam2,sup,ikan panggang,sayur rebus dengan sambal belacan,tumis jering...lagi dan macam2,rugi kalau tak datang makan....Makan-makan jugak tapi esk kita sama2lah pose ye.

SUKAN SEKOLAH SKKSR

Emmm....boleh tahan jugak sambutan sukan kali ini.maklumlah GB baru,tentulah dengan idea yang baru.Bukan main lagi perasmi memuji tinggi melambung.Tapi ingat...bak kata pepatah kalau melihat bintang dilangit jangan lupa rumput dibumi.Sambutan dah ok tapi acara sukannya sungguh tak kreatif, asyik2 game yang lebih kurang sama je..lain kali kreatif le sikit....dah ok semua, syang je acara tak berapa seronok, mak bapak pun ada le skit rasa bosan dengan game yang lebih kurang sama aje, cuma ditukar depan ke belakang je..jangan marah ye bagi komen.maklum le manusia mana boleh tak komen...

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH

hari 29/7 salah seorang ahli JKKK iaitu tuan Haji Mohd Shukri Naim pergi mengerjakan umrah bersama keluarganya.Alhamdulillah....seronoknya dapat menjadi tetamuNYA, harap-harap kami yang lain pun akan dapat menjadi tetamunya suatu  hari nanti..InsyaAllah...Amin.Semoga tuan haji mendapat keberkatan dariNYA mengerjakan umrah dibulan yang mulia ini.Doa-doakanlah kami sama..

MESYUARAT JKKK DAN JAMUAN MAKAN SAMBUT PUASA

Boleh tahan juga JKKK kali ni,mesyuarat disalah sebuah restoran di Ipoh sambil makan sambut puasa...emmm sedapnya....terima kasih kepada semua jkkk yang hadir serta ustaz baha yang sama hadir.Sesekali ubah tempat mesyuarat ok jugak, walau apa pun yang penting....kerja mesti jalan,tanggungjawab mesti dipikul. JAKASERA IS THE BEST

GOTONG-ROYONG PERDANA MEMBERSIH MASJID DAN SURAU-SURAU

Alhamdulilah...masjid kampung kita jua turut mengadakan gotong-royong membersih kawasan dan dalam masjid, mudah2an mendapat berkat dariNYA.Yang seronoknya tak pernah2 surau kita mandi, tapi hari ini ia dimandikan agar nampak ceria bila makan more nanti.Ada satu yang tak syoknya rakan ajk masjid tak turun sekali.sesekali apalah salahnya kita bekerjasama bukan untuk siapapun....untuk kita.... juga.tak best la masjid dijadikan tempat pilih puak jugak.sepatutnya masjid dijadikan tempat penyatuan sesama kita.apa pun fikir2kanlah.

Selasa, 15 Februari 2011

Majlis Makan Malam Dan Penyerahan Watikah Perlantikan JKKK Dun Sg Rapat

15/2/11 jam 9.00 malam di Hillcity YB Dato telah mnyerahkan watikah perlantikan kepada semua AJK JKKK Dun Sg Rapat untuk 12 buah kampung naungan Dun Sg Rapat dibawah tiga mukim.Tahniah ke atas Dato untuk majlis tersebut. Kami JKKK Seri Rahmat akan bekerja keras untuk mencapai matlamat tujuan demi kesejahteraan dan kemajuan negara.

Tahniah dapat ipar baru

Ucapan tahniah buat ajk JKKK kita iaitu Mohd Sham atas kelangsungan majlis perkahwinan adik beliau dan bererti beliau dapat lagi seorang anggota keluarga yang baru.Untuk adik beliau ucapan " Selamat pengantin baru semoga berkekalan sehingga akhir hayat" tahniah untuk beliau.

GOTONG ROYONG JKKK SERI RAHMAT BERSAMA JKKK CHANGKAT LARANG DAN RELA DAERAH BATU GAJAH

Awal bulan Januari yang lalu JKKK Seri rahmat telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan klinik desa Seri Rahmat bersama JKKK Changkat Larang dan RELA daerah Batu Gajah serta YB Dato' Hamidah binti Osman. Selain gotong royong membasmi musuh tanaman (Babi) juga dijalankan pada hari itu oleh anggota RELA. Ucapan terima kasih jua ditujukan kepada YB Dato' Hamidah binti Osman atas sumbangan beliau pada program tersebut." Terima kasih Dato' dari JKKK Seri Rahmat" dan serangkap pantun untuk dato' iaitu     Tinggi-tinggi si matahari,
                                        Anak kerbau turun mandi,
                                        Terima kasih daun keladi,
                                        Kalau sudi huloqlah lagi.
Buat JKKK changkat larang dan RELA daerah Batu Gajah terimakasih jua kami ucapkan atas kerjasama yang diberikan.

Ucapan Tahniah

Salam buat semua pembaca, Di sini sekalung tahniah diucapakan kepada Ketua Kampung Seri Rahmat iaitu En Abdul Sapori bin Ngah Yahya atas lantikan semula sebagai ketua kampung dan ucapan tahniah juga kepada barisan Ajk atas lantikan semula.bersam ini disenaraikan Barisan JKKK Kampung Seri Rahmat.

Pengerusi          :     Abdul Sapori bin Nagh Yahya
Setiausaha        :      Jamluddin bin Abdul Rahman
Bendahari         :      Azmi bin Mohamad Ali
Jawatankuasa   :      Norfadilah binti Sidi
                               Ahmad Yussuf bin Mohamad
                               Mohd Shukri Naim bin Husin
                               Syed Mustafa bin Syed Harun
                               Kasim bin Mohd Hakim
                               Abu Hassan bin Ali
                               Mohamad bin Ali
                               Mohd Zanzali bin Abdullah
                               Abdul Wahab bin Abdul Aziz
                               Abu Bakar bin Ngah Shaari
                               Mohd Sham bin Mat Raji
                               Sulaiman bin Joned