Selasa, 3 Ogos 2010

Assalammualaikum kepada semua pembaca blog ini.Diharap anda semua mendapat dan info tentang kampung kami. Blog ini wujud adalah untuk menceritakan tentang aktiviti JKKK Kampung Seri Rahmat. Untuk maklumat anda semua di sini kami huraikan serba sedikit tentang Kampung kami.
Kampung Seri Rahmat adalah merupakan sebuah Kampung Tradisi dan kampung tersusun. Dibawah Pentadbiran Kampung Seri Rahmat terdapat tiga buah kampung yang menjadi naungannya iaitu Kampung Tersusun Seri Rahmat(RPT Seri Rahmat), Kampung Meranti Lapan dan Kampung Changkat Larang Malay Reserve.Kini Kampung Seri Rahmat telah bertambah maju dengan arus peredaran zaman. Kalau dulunya penduduk hanya bekerja sebagai penoreh getah kini semua telah berubah, dari kebun getah telah ditukar menjadi ladang kelapa sawit. Banyak kawasan-kawasan yang telah ditebusguna dengan pelbagai aktiviti.Kini Kampung Seri Rahmat terus bekembang pesat dengan terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaaan Kampung Seri Rahmat, Sebuah Masjid dan tiga buah surau, Tabika, GPMS, Klinik Desa, Kilang Perabot, Kilang Kicap, bengkel motor, kedai runcit dan pelbagai lagi kegiatan seumpamanya. Kalau dulunya penduduk kampung Seri Rahmat adalah 100% penduduk tempatan kini dengan adanya proses migrasi dalaman penduduk telah banyak merubah koposisi kependudukan.Kampung Seri Rahmat. Ketua Kampung Seri Rahmat ialah  En.Abdul Sapori bin Ngah Yahya.
JKKK Kampung Seri Rahmat adalah terdiri daripada 15 orang ahli jawatankuasa .
Senarai Nama JKKK Kampung Seri Rahmat
1. Abdul Sapori bin Ngah Yahya------------------------Pengerusi
2. Jamluddin bin Abd Rahman---------------------------Setiausaha
3. Azmi bin Mohamad Ali-------------------------------Bendahari
4. Norfadilah binti Sidi----------------------------------AJK
5. Ahmad Yussuf bin Mohamad-------------------------AJK
6. Mohd Shukri Naim bin Husin------------------------ AJK
7. Syed Mustafa bin Syed Harun------------------------AJK
8. Abu Bakar bin Ngah Shaari--------------------------AJK
9. Abdul Wahab bin Abdul Aziz------------------------AJK
10.Mohd Sham bin bin Mat Raji------------------------AJK
11.Kasim bin Mohd Hakim-----------------------------AJK
12.Sulaiman bin Junid-----------------------------------AJK
13.Mohamad bin Ali------------------------------------AJK
14.Abu Hassan bin Ali----------------------------------AJK
15.Zanzali bin Abdullah---------------------------------AJK

Pelbagai Aktitviti yang telah dijalankan dikampung ini.Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalan sepanjang lapan bulan ini ialah:-

1.  Program Mesra Rakyat
Dalam program ini YB Dato telah turun dengan beberapa Agensi Kerajaan iaitu JKM,Majlis Bandaran dan Polis.Semua penduduk dijemput hadir dalam program ini dan boleh mengutarakan sebarang masalah dan terus mendapat jawapan daripada agensi yang  diajukan persoalan. Tidak ketingglan juga dalam program ini YB Dato' turut menyampai sumbangan kepada kanak-kanak miskin seramai 10 orang dalam bentuk kewangan dan sumbangan makanan kepada 10 orang penduduk miskin.